Banner

Sunday, September 11, 2011

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Apa itu kemerdekaan? Kemerdekaan bermaksud pemerintahan sendiri oleh penduduk sesebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan atau pembebasan daripada kuasa yang mendominasi sesuatu kawasan.

16 September 1963 merupakan tarikh keramat bagi Negeri Sabah. Sabah yang dikenali sebagai Borneo Utara pada ketika itu menurunkan bendera Union Jack sebagai tanda kemerdekaan setelah sekian lama diperintah oleh British. Laungan ‘merdeka’ oleh Donald Stephens (Tun Mohd Fuad Stephens) pada masa itu diikuti oleh rasa syukur rakyat jelata.

Keinginan kemerdekaan seperti yang dicapai oleh negara lain telah sampai ke Borneo Utara pada tahun 1960-an. Penyebaran semangat ini bermula dengan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura.
Filipina dan Indonesia menentang kuat berhubung dengan pembentukan Malaysia. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara dengan Tanah Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan. Pemimpin ketiga-tiga negara bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia.

Tanah Melayu dan Borneo (Sabah & Sarawak) pada ketika itu dijajah oleh British manakala Indonesia dijajah oleh Belanda dan Filipina pula milik Sepanyol dan akhirnya Amerika. Mana mungkin Sabah bergabung dengan Indonesia mahupun Filipina kerana penjajahnya tidak sama. Mengikut laporan PBB, lebih 70% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia.

Akhirnya, pada 16 September 1963 MALAYSIA diisytiharkan dengan rasminya dan nama Borneo Utara ditukar kepada SABAH. Namun, pada 9 Ogos 1965, Singapura keluar daripada Malaysia.

Penglibatan negeri Sabah dalam Persekutuan ini banyak membawa perubahan dari aspek politik, pentadbiran, dan sebagainya. Sabah terus mengalami pembangunan yang pesat dan seterusnya memasuki era baru yang lebih mencabar sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia.
Tahun ini, genap 48 tahun Sabah merdeka daripada British, manakala Tanah Melayu yang lebih awal mendapat kemerdekaan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-54…merdeka…merdeka…merdeka!


“Cabaran Malaysia #Merdeka54 dianjurkan olehBlog Denaihati dengan kerjasama eQurban.com“.

5 comments:

  1. Ya, orang Sabah...kita? Hehehe...

    ReplyDelete
  2. san, sabah direbut2 kan bah oleh filipina dan indonesia kan..so brunei
    ?

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang baik. rasanya masih ramai lagi yang tak tahu mengenai kemerdekaan sabah

    ReplyDelete
  4. Missieza207: Brunei dijajah oleh British...
    Lontugi: Ya, betul tu...

    ReplyDelete