Monday, September 19, 2011

PESANAN KORBAN SECARA ONLINE

Salam 1Dunia, hukum ibadah korban adalah sunat muakkad sunat yang sangat dituntut bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar. Sebahagian ulama mewajibkan kepada semua umat Islam yang mampu untuk melaksanakan ibadah korban setiap tahun. Buangkan perasaan tidak cukup wang kerana insyallah dengan melaksanakan ibadah korban ALLAH SWT akan memberikan rezeki dan pertolongan yang tidak disangka-sangka.
 
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Adalah disyorkan untuk melaksanakan ibadah korban di lokasi yang sangat memerlukan terutama di kampung pendalaman yang daif bukan di bandar yang umat Islamnya mewah dengaan makanan setiap hari. Antara lokasi yang dicadangkan adalah di Kemboja yang sebahagian besar umat Islam hanya makan daging setahun sekali.
eQurban.com menyediakan program Korban di Kemboja dengan kos yang sangat berpatutan iaitu RM230 untuk satu bahagian lembu atau RM1600 untuk satu ekor lembu atau RM500 untuk seekor kambing. Pesanan boleh dibuat secara online mulai sekarang sehingga tarikh tutup 7 hari sebelum Hari Raya Aidiladha.
Cara pesanan Korban Kemboja Secara Online :
  • Lawati website @eQurban
  • Klik Tempahan
  • Pilih jumlah bahagian yang kita ingin laksanakan
  • Buat bayaran secara online atau dikaunter bank ke akaun bank yang telah ditetapkan
  • Setelah membuat bayaran masuk kembali ke link Tempahan dan klik borang bukti pembayaran
  • Dalam borang pembayaraan masukan Nama, Email, No hp, Bukti Bayaran dan Nama Peserta Korban
Pihak pengurusan eQurban di Kemboja akan mengambil gambar setiap ekor lembu yang dikorbankan untuk dilampirkan bersama sijil yang akan dikirimkan kepada yang telah membuat ibadah korban. Sila rujuk FAQ eQurban.com untuk maklumat lanjut.
Firman ALLAH SWT yang ertinya, “Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
eQurban.com menyeru kepada semua umat Islam Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapore dan 1Dunia untuk mengeluarkan hanya RM230 atau USD95 nilai satu bahagian lembu untuk ibadah korban yang insyallah ganjarannya syurga seluas langit dan bumi yang tidak boleh disamakan dengan nilai wang RM230. Kepada yang ada masalaah peribadi, masalah kewangan dan berbagai masalah kehidupan pejamkan mata selok saku keluarkan wang RM230 dan laksanakan ibadah korban sambil berniat seikhlasnya untuk dapat redha ALLAH SWT, insyallah ALLAH SWT akan tunjuk jalan untuk menyelesaikaan masalah yang ada.

Kalau RASULULLAH SAW dan PARA SAHABAT berkorban setiap tahun mengapa tidak kita kalau benar kita sayangkan Baginda. Mari kita semua berazam untuk melaksana ibadah korban 1 keluarga 1 bahagian tanda kasih sayang kita pada RASULULLAH SWT. Semakin sukar kita mendapat sumber kewangan untuk ibadah korban semakin tinggi nilai pengorbanan kita di sisi ALLAH SWT dan semakin tinggi makam ibadah yang kita laksanakan.

Nota : Kepada organisasi, masjid dan surau yang mendapat pesanan korban yang banyak adalah disyorkan sebahagiannya dilaksanakan di Kemboja melalui eQurban.com

Sunday, September 11, 2011

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Apa itu kemerdekaan? Kemerdekaan bermaksud pemerintahan sendiri oleh penduduk sesebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan atau pembebasan daripada kuasa yang mendominasi sesuatu kawasan.

16 September 1963 merupakan tarikh keramat bagi Negeri Sabah. Sabah yang dikenali sebagai Borneo Utara pada ketika itu menurunkan bendera Union Jack sebagai tanda kemerdekaan setelah sekian lama diperintah oleh British. Laungan ‘merdeka’ oleh Donald Stephens (Tun Mohd Fuad Stephens) pada masa itu diikuti oleh rasa syukur rakyat jelata.

Keinginan kemerdekaan seperti yang dicapai oleh negara lain telah sampai ke Borneo Utara pada tahun 1960-an. Penyebaran semangat ini bermula dengan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura.
Filipina dan Indonesia menentang kuat berhubung dengan pembentukan Malaysia. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara dengan Tanah Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan. Pemimpin ketiga-tiga negara bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia.

Tanah Melayu dan Borneo (Sabah & Sarawak) pada ketika itu dijajah oleh British manakala Indonesia dijajah oleh Belanda dan Filipina pula milik Sepanyol dan akhirnya Amerika. Mana mungkin Sabah bergabung dengan Indonesia mahupun Filipina kerana penjajahnya tidak sama. Mengikut laporan PBB, lebih 70% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia.

Akhirnya, pada 16 September 1963 MALAYSIA diisytiharkan dengan rasminya dan nama Borneo Utara ditukar kepada SABAH. Namun, pada 9 Ogos 1965, Singapura keluar daripada Malaysia.

Penglibatan negeri Sabah dalam Persekutuan ini banyak membawa perubahan dari aspek politik, pentadbiran, dan sebagainya. Sabah terus mengalami pembangunan yang pesat dan seterusnya memasuki era baru yang lebih mencabar sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia.
Tahun ini, genap 48 tahun Sabah merdeka daripada British, manakala Tanah Melayu yang lebih awal mendapat kemerdekaan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-54…merdeka…merdeka…merdeka!


“Cabaran Malaysia #Merdeka54 dianjurkan olehBlog Denaihati dengan kerjasama eQurban.com“.