Banner

Wednesday, October 6, 2010

BUAH MANGGIS (RATU SEGALA BUAH)

Tahukah anda bahawa buah manggis adalah buah yang sangat berkhasiat?

Manggis atau nama saintifiknya Garcinia mangostana adalah tumbuhan tropika malar hijua yang dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Pokoknya boleh mencapai sehingga 25 meter tinggi dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat.

Buah Manggis sangat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam dan biji buah tersebut. Secara tradisi, kulit manggis digunakan untuk merawat penyakit seperti malaria, tibi, penyakit kulit, cirit-birit dan disentri. Selain itu, buah ini juga boleh digunakan untuk menghasilkan bahan komestik seperti syampu dan sabun.

Selain itu, khasiat xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai masalah seperti alergi, resdung, lelah, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolestrol, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan dapat mencegah kanser/ tumor.

3 comments:

  1. waa...sgt berkhasiat buah mnggis ni...feveret 2...hehehe...

    ReplyDelete
  2. Ya o...kalau durian raja buah, manggis pula ratu buah.

    ReplyDelete
  3. kami pemasok buah manggis barangkali ada yang berminat hub 085232432313 / www.centra-lbuah.com

    ReplyDelete